Perempuan...
kerana sayang sanggup serahkan segalanya...biarlah diri sendiri yg luka asalkan org yg tersayang bahagia....tapi.....adakah pengorbanan yg dilakukan tu berbaloi???
Lelaki, hanya pandai bermadah, memberikan kata2 semanis madu untuk memikat si dara, tapi bila dah dapat apa yg di idamkan, semua janji hilang di tiup angin.....
Perempuan, memang lumrah, mudah terpedaya dengan kata2 manis, belaian romantis si teruna, yakin dan percaya si teruna pasti akan setia, hanya dirinya di hati si teruna....mengidamkan hubungan yang bahagia dan berkekalan sampai ke syurga...tapi....hakikatnya, si teruna hanya pandai berbicara, janji setia di bibir sahaja....sesudah si teruna dapat apa yang di idamkan dari si dara, janji tinggal janji.....si dara tidak lagi mendapat kata2 yang indah dari si teruna, yg dapat hanya kata2 nista dan maruah yg dipijak2 bagai tiada harga....
kerana itu, perempuan....jagalah dirimu...seperti warkah ini...jadikan dirimu seperti bunga di dalam kaca yg mahal, yg hanya boleh di sentuh org yg layak sahaja....biarlah org mengata...jgn di dengki kan org yang sedang hangat bercinta....kan lebih bahagia bercinta di Syurga....
perempuan.......jadikan lah warkah ini sebagai satu ingatan dan pegangan....
Mahal
menemui Perempuan,
dengan selamatnya.
assalamualaikum dan salam penuh cinta dari kakak. apa khabar? semoga sihat dan aman, semoga sejahtera dan sentosa. untuk kakak di negeri jauh ini, alhamdulillah --berbiasa2 dan bertenang2 sahaja.
adikku Perempuan,
bagaimana hidupmu lewat kebelakangan ini? apakah elok? apakah molek? maafkan kakak kerana sudah terlalu lama tidak berutus surat, bertukar hikayat melalu warkah. arakian hari2 kakak semenjak dua ini terlalunya sibuk dengan pelbagai. harap dimaafkan. harap diampunkan.
adikku Perempuan,
mengenai soalan kamu tentang kekasihmu si Lelaki itu, sukar hendak kakak jawabkan. kakak sendiri masih mencari makna hidup sambil memperinci iman; gerun untuk kakak berikan kata2 hikmah untukmu. tapi kakak cuba juga.
adikku Perempuan,
mahalkan diri kamu itu, dik. jangan dilelong2 pada sesiapa sesuka rasa. sabarkan diri kamu dan yakinkan pada diri yang kamu ada harga. biar ditempik seribu orang, tuhan itu maha kaya, dan dia akan bagikan kamu seseorang yang selayaknya.
kuncinya hanya tunggu.
lebih cantik seorang kamu itu kalau bijaksana dan hebat sifat diri. seperti pusaka lama yang dimahukan dan diidam2, tapi terkhusus untuk dibeli juragan dan bukan orang kebanyakan. rasakan manis cinta pertama bersama tuan yang memilikmu sehingga habis usia dunia. atau kelak kamu akan merasa ralat kerana pemilik abadi cuma mendapatmu yang sudah sisa.
adikku Perempuan,
apalah digentarkan mati seorang, tak dikasih tak disayang tak dipandang. kalau sungguh imanmu pada tuhan, pasti kamu sedar yang tidak pernah walau sekali kita ditinggal belakang. setiap masa, tuhan itu penuh kasih, melimpah sayang, selalu memandang. kita selalu ada tuhan, dik. sentiasa. setiap masa.
dan sudah dijanji pada kita yang setiap kita tercipta sama pasangannya. maka percaya. dan tunggu datangnya dia. satu2nya dia. berhati2, wahai adikku Perempuan, bila datangnya jutaan Lelaki merempuh pandang, jangan terus2 rangkul kamu itu kamu depang. ingat, dan ingat selalu; semua itu tentera2 iblis yang mahu menggoyah iman kamu.
namun ah kalau pula ditunggu satu2nya dia yang tak kunjung tiba, berimanlah pada janji2nya yang kita semua sudah ditakdir berdua2. kalau tidak dijumpakan kita di dunia, apa dimarah; bukankah lebih manis bersua di syurga? kalau di setiap puisi dan lagu kamu nazamkan penantianmu ke pintu syurga, nah~ ini masanya, bukan?
adikku Perempuan,
kalau sungguh sudah terlepas rasa mengharap cinta pada Lelaki, kuncikan maruahmu dalam peti besi yang paling waja. ambilkan kuncinya dan buangkan ke laut, atau mintakan ayahbonda pegangkan sehingga tiba masanya. ingatlah, adikku Perempuan, tak ada parang yang mahu bersarung buruk; segaknya kan hilang, garangnya kan terbuang. dan kalau pun ada, kakak begitu pasti yang merananya kamu. kerana untuk parang secantik itu, semahunya kamu hendak menjadi sarung bertatah permata hanya untuk dia.
adikku Perempuan,
masa adalah sesuatu yang jahat untuk kaum kita. jasad kita adalah makanan utama usia. maka segalanya perlu teratur molek dan cantik. mungkin, adikku, kerana itu kita begitu terdesak untuk setiap apa yang kita susun dari seawal remaja. nasihat kakak, wahai sayangku, berhentilah kau kejarkan sesuatu yang tak terpegang itu. berhenti dan terima dengan tangan terbuka yang setiap apa yang terjadi adalah tulisan dari cerita tuhan. lebih keras kau genggam takdirmu, lebih teruk nanti akan jatuhmu.
adikku Perempuan,
akan datang bila setelah semuanya kamu kerjakan, takkan tercukup pada mata Lelaki. usah kau deraikan airmata kamu itu, dik. bila tiba hari itu yang setiap usaha keras kamu dibalas tuba dan celaka, amankan hati kamu dan senyumkan sahaja. bisikkan pada jiwa kamu yang sungguh sesuatu itu bukan rezekimu. khabarkan pada hati kamu yang kamu sudah cuba setiap termampu untuk Lelaki kamu. ujarkan terima kasih pada diri kamu yang sudah menghempas-pulas setiap darah yang memeluh tubuh itu.
lurutkan dada kamu dan kata:
aku sudah cuba.
adikku Perempuan,
ada masa, tuhan mahu menduga iman yang terselit dalam dada. apakah kita lebih mengasihi Lelaki; atau Dia --yang mencipta Lelaki untuk kamu dapatkan. apakah kita lebih mencari Lelaki; atau Dia sendiri --yang mencipta Lelaki untuk kamu kejarkan.
adikku Perempuan,
kamu lebih tahu bagaimana untuk menghidupi hidupmu. kakak juga antara bidadari yang tersungkur, maka di manalah layaknya untuk kakak menjawab persoalan kamu itu. kalaulah ada apa2 yang mampu kakak paksakan untuk kamu telan intinya adalah ini: mahalkan diri kamu. jangan pun dijual pada orang sebarang2. kamu lebih tinggi dari apa kamu rasakan. pekakkan telinga pada lidah2 iblis yang mengajak kamu meniaga maruahmu secepatnya dek takut luput tarikh molekmu --kerana cantik kita tak berpenghujung bila mana dipelihara cantiknya kita itu.
adikku Perempuan,
semoga bertemu dalam lain2 warkah. sambutlah salam kasih dan cinta dari kakak ini, semoga terlerai setiap gusar risau hidup dunia yang tidak ke mana ini. semoga ayah dan bonda tidak pernah lari dari ingatan kamu.
sampai jumpa,
kekandamu;
fynn jamal,
bidadari rosak sayap,
di negeri jauh.

No comments:
Post a Comment